Electrolux Z8220 Manuel d'utilisateur Page 13

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 14
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 12
13
27 Angkat pemegang turas dan
pusingkannya separuh pusingan agar
turas saling bertukar tempat dan
masukkan semula penuras ke dalam
pembersih vakum.
28 Pusingkan penuras kiri sebanyak satu
pusingan mengikut arah anak panah.
Lampu penuras tersebut akan menyala
dan pembersih vakum akan dihidupkan,
dan sambil dipusing, penuras tersebut
akan dibersihkan. Setelah anda
membuat satu pusingan yang penuh,
pembersih vakum akan dimatikan dan
lampu penuras tersebut akan berhenti
menyala. Anda kini boleh munutup
penutupnya.
Kira-kira sekali setahun, apabila lampu
penuras mula menyala dengan lebih kerap,
penurasnya perlu dicuci.
A Keluarkan penuras mengikut langkah-
langkah seperti di atas.
B Keluarkan penuras satu demi satu dari
bekas penuras (29) dengan menekan
butang pelepas yang bertanda dan
memusing penurasnya.
C Bilas penuras di dalam air suam dan
biarkannya kering.
D Pasang semula penuras ke dalam
pemegangnya.
Membersihkan penuras ekzos
Terdapat dua jenis penuras ekzos Electrolux
Twinclean:
Penuras biasa. Mesti dibersihkan setiap 5-7
tahun.
Penuras HEPA (lebih tebal dengan bahan
gentian renyuk). Mesti dibersihkan setiap
2-3 tahun.
Tidak terdapat perbezaan dengan cara
penuras tersebut dibersihkan atau dipasang.
30 Keluarkan bekas habuk dengan
menekan butang pelepas di bahagian
belakang pembersih vakum dan
mengangkat bekasnya.
31 Angkat kedua-dua kunci detap di sisi
belakang pembersih vakum dan buka
penutup penuras.
32 Mengeluarkan penuras.
33 Bilas bahagian dalam (bahagian
kotor) dalam air suam. Tepuk bingkai
penuras tersebut untuk mengeluarkan
air di dalamnya. Ulang proses tersebut
sebanyak empat kali. Nota: Jangan
gunakan sebarang agen pembersih dan
elakkan daripada menyentuh permukaan
penuras tersebut. Biarkan penuras
tersebut kering. Masukkan semula
penuras di tempatnya, tutup penutup
penuras dan pasang semula bekas
habuk.
Membersihkan hos dan muncung
Pembersih vakum ini akan berhenti secara
automatik jika terdapat sumbatan pada
muncung, tiub atau hos atau jika penuras
atau pemegang turas menjadi tersumbat.
Keluarkan palam kuasa dan biarkan
pembersih vakum ini menyejuk selama 20-
30 minit. Keluarkan kotoran yang tersumbat
yang mendatangkan masalah, dan/atau
gantikan penuras yang kotor. Hidupkan
semula pembersih vakum ini.
34 Gunakan peralatan yang sesuai untuk
membersihkan tiub dan hos yang
tersumbat.
35 Kadangkala hos boleh dibersihkan
dengan “mengurutnya”. Bagaimanapun,
berhati-hatilah sekiranya sumbatan
tersebut disebabkan oleh kaca atau
jarum yang tersekat di dalam hos.
Nota: Waranti tidak meliputi apa-
apa kerosakan kepada hos ketika
pembersihan.
Jika sesuatu tersangkut
di dalam pembersih vakum.
Jika sesuatu tersangkut di dalam pembersih
vakum:
36 Matikan pembersih vakum dan buka
penutupnya di bahagian depan unit
dengan menarik kancing pelepas.
37 Keluarkan pemegang penuras dan
penurasnya.
38 Angkat penutup di antara takungan
penuras dan keluarkan apa-apa yang
mungkin tersangkut. Periksa juga
bahagian bawah takungan penuras jika
terdapat objek-objek asing.
39 Pasang semula penutup di bawah
kancingnya dan tutup dengan
menekannya ke bawah. Letakkan
semula pemegang turas di tempatnya
dan tutup penutup pembersih vakum.
Membersihkan muncung Max In
dan muncung karpet/lantai
40 Muncung Max In dan muncung karpet/
lantai hendaklah dibersihkan dengan
rapi untuk mengelakkan kehilangan
kuasa penyedutan. Cara termudah ialah
dengan menggunakan pemegang hos.
41 Keluarkan roda dan gandar dengan
menariknya keluar. Keluarkan ketulan
habuk atau apa-apa sahaja yang
mungkin tersumbat.
42 Gunakan muncung celah untuk
membersihkan gandar roda. Pasang
semula roda dengan menekannya ke
tempatnya. Roda sokongan hendaklah
dikeluarkan dengan berhati-hati.
Bersihkan seperti yang diperlukan dan
letakkannya semula dalam susunan
terbalik.
Membersihkan muncung Max In
Turbo dan muncung bermotor
Sentiasa keluarkan palam dari alur keluar
dinding sebelum membersihkannya.
43 Untuk mengeluarkan penutup
penggulung berus, tolak penyelak
luarnya keluar, dan penutup tengah ke
sebelah kiri, dan ini akan membebaskan
roda untuk dibersihkan.
44 Keluarkan penggulung berus dan
bersihkannya. Keluarkan benang
yang tersangkut dsb. dengan
mengguntingnya. Pasang semua dalam
susunan terbalik. Roda sokongan
hendaklah dikeluarkan dengan berhati-
hati. Bersihkan jika perlu dan pasang
semula mengikut susunan terbalik (45).
Membersihkan bekas habuk
Bekas habuk boleh dibersihkan dengan rapi
semasa dikosongkan.
46 Keluarkan bekas habuk.
47 Kosongkannya.
48 Keluarkan penutup di sisi ruang bulat
dengan menariknya keluar.
Bekas habuk kini boleh dikesat atau
dibersihkan. Jika anda menggunakan air,
pastikan kartrijnya kering sebelum anda
memasangnya semula. Pasang semula
penutup dengan menolaknya ke dalam.
Masukkan semula bekas habuk.
Penyelesaian Masalah
Pembersih vakum tidak boleh
dihidupkan
Pastikan kabel elektrik bersambung dengan
suis utama.
Pastikan palam dan kabel tidak rosak
Periksa sama ada fiusnya terbakar.
Pembersih vakum terhenti
Periksa jika Twinclean adalah penuh.
Jika demikian, kosongkannya dan
bersih kedua-dua kotak dan penuras
sebelum meletakkannya semula ke dalam
pembersih.
Adakah muncung, tiub atau hosnya
tersumbat?
Adakah penuras-penurasnya dihalang?
Air telah memasuki pembersih vakum
Penggantian motornya harus dijalankan
di pusat servis Electrolux yang disahkan.
Kerosakan pada motor yang disebabkan
kemasukan air adalah tidak diliputi waranti.
Maklumat pengguna
Electrolux menafi semua tanggungjawab
untuk semua kerosakan yang diakibatkan
salah penggunaan peralatan tersebut atau
dalam hal membega peralatan tersebut.
Produk ini direka bentuk dengan memikirkan
kepentingan alam sekitar. Semua bahagian
plastik ditanda untuk tujuan pengitaran
semula. Untuk butir-butir lanjut lihat laman
web kami: www.electrolux.com
Jika anda mempunyai sebarang ulasan
mengenai pembersih atau arahan-arahan
untuk risalah penggunaan ini, sila e-mel kami
di: floorcare@electrolux.com
Jika anda tidak boleh mendapatkan aksesori
untuk pembersih vakum Electrolux anda, sila
kunjungi laman web di www.electrolux.com
Simbol pada produk atau
pembungkusannya menunjukkan bahawa
produk ini tidak boleh diperlakukan sebagai
bahan buangan di rumah. Ia sebaliknya
dibawa ke pusat pusat pemungutan yang
sesuai untuk mengitar semula perkakasan
elektrik dan elektronik.
Dengan memastikan produk di lupus dengan
betul, anda boleh membantu menghindarkan
akibat negatif mungkin terhadap persekitaran
dan kesihatan manusia, yang boleh berlaku
sekiranya bahan buangan produk ini tidak
dikendalikan sewajarnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai kitar semula
produk ini, sila hubungi pejabat bandar
tempatan anda, khidmat pembuangan
sampah di rumah atau di kedai anda telah
membeli produk ini.
*Model tertentu sahaja.
TwinClean_insert_Asia.indd 13 2005-12-22 15:47:42
Vue de la page 12
1 2 ... 8 9 10 11 12 13 14

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire