Electrolux EWF10751 Manuel d'utilisateur Page 35

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 64
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 34
MS
maklumat keselamatan electrolux 69
MAKLUMAT KESELAMATAN
Demi kepentingan keselamatan anda
dan untuk memastikan penggunaan
yang betul, sebelum memasang dan
perkara pertama untuk menggunakan
mesin ini, baca panduan pengguna ini
dengan berhati-hati, termasuklah petua
dan amaran. Untuk mengelakkan
kesilapan dan kemalangan yang tidak
sepatutnya, adalah penting untuk
memastikan bahawa semua orang
yang menggunakan mesin ini
memahami cara pengendalian dan ciri-
ciri keselamatannya. Simpan arahan ini
dan pastikan ia tetap berada bersama
mesin ini jika ia dipindahkan atau dijual,
supaya semua orang yang
menggunakan alat ini di sepanjang
hayatnya akan mendapat maklumat
yang betul mengenai penggunaan dan
keselamatan alat ini.
Keselamatan umum
Ia adalah berbahaya untuk mengubah
spesifikasi atau cuba mengubah suai
produk ini dalam apa jua cara.
Semasa program basuh bersuhu tinggi,
kaca pintu boleh menjadi panas. Jangan
sentuh!
Pastikan haiwan peliharaan tidak
memanjat masuk ke dalam dram. Untuk
mengelakkannya, sila periksa di dalam
dram sebelum menggunakannya.
Sebarang objek seperti duit syiling, pin
keselamatan, kuku, skru, batu atau apa-
apa objek keras, bahan tajam yang
boleh menyebabkan kerosakan
melampau, hendaklah dikeluarkan
daripada mesin.
Gunakan bahan pelembut dan bahan
cuci kain mengikut sukatan yang
disarankan sahaja. Kerosakan pada kain
pasti akan berlaku sekiranya anda
memasukkan muatan yang lebih. Rujuk
pada cadangan kuantiti daripada piha
k
pengeluar.
Basuh item kecil seperti stoking, kain
renda, tali pinggang yang boleh dibasuh
dll. dalam beg basuh atau sarung bantal
kerana item tersebut berkemungkinan
untuk terselit antara tab dan dram dalaman.
Jangan gunakan mesin basuh anda
untuk membasuh bahan yang diperbuat
daripada tulang ikan paus , bahan tanpa
kelepet atau bahan yang terkoyak.
Sentiasa cabut plag dan tutup pili air
setiap kali selesai menggunakan,
membersihkan dan menyelenggarakan
mesin.
Jangan cuba untuk memperbaiki sendiri
mesin ini dalam apa jua keadaan sekali
pun. Pembaikan yang dijalankan oleh
orang yang tidak berpengalaman
mungkin boleh menyebabkan
kecederaan atau malfungsi yang serius.
Hubungi Pusat Servis setempat anda.
Sentiasa menggunakan alat ganti yang
tulen.
Pemasangan
Mesin ini berat. Berhati-hati semasa
memindahkannya.
Apabila mesin dikeluarkan daripada
bungkusannya, harap periksa dan
pastikan tidak ada kerosakan. Jika
berasa ragu, jangan gunakannya dan
hubungilah Pusat Servis.
Semua bahan pembungkusan dan bolt
pengangkutan mesti dikeluarkan
sebelum menggunakan mesin.
Kerosakan yang serius boleh berlaku
pada produk tersebut dan alatannya jika
ini tidak dipatuhi. Lihat bahagian yang
relevan dalam panduan pengguna.
Selepas pemasangan mesin dilakukan,
periksa bahawa ia tidak berdiri di atas
saluran dan hos saliran serta permukaan
tempat kerjanya tidak menekan kabel
bekalan elektrik.
Jika mesin
diletakkan di atas lantai
berkarpet, sila laraskan kakinya untuk
membolehkan udara berputar dengan bebas
Sentiasa pastikan bahawa tiada
kebocoran air daripada hos dan
sambungannya selepas pemasangan.
Vue de la page 34
1 2 ... 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 ... 63 64

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire