
80 electrolux petua membasuh
Cat berasaskan minyak: lembapkan
dengan bahan penghapus kotoran
benzin, bentangkan di atas kain lembut
dan pedabkan kotoran tersebut; lakukan
beberapa kali.
Tanda gris yang telah kering:
lembapkan dengan turpentin,
bentangkan di atas permukaan yang
lembut dan pedabkan tanda kotoran
dengan hujung jari dan sehelai kain
kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan di dalam
air panas atau produk penghapus karat
digunakan ketika sejuk. Berhati-hati
dengan tanda karat yang sudah lama
kerana struktur selulosanya telah pun
rosak dan kain tersebut mudah
berlubang.
Tanda kulat: bersihkan dengan
peluntur, bilas dengan bersih (kain putih
dan kain berwarna tahan luntur sahaja).
Rumput: sabunkan sedikit dan
bersihkan dengan peluntur (kain putih
dan kain berwarna tahan luntur sahaja).
Pena mata bola dan gam:
lembapkan dengan aseton(*),
bentangkannya di atas kain lembut dan
pedapkan tanda kotoran itu.
Gincu: lembapkan dengan aseton
seperti di atas, kemudian bersihkan
tanda kotoran itu dengan spirit bermetil.
Hapuskan sisa tanda daripada kain putih
dengan peluntur.
Wain merah: rendam di dalam air dan
detergen, bilas dan bersihkan dengan
asid asetik atau sitrik, kemudian bilas.
Bersihkan sebarang sisa tanda dengan
peluntur.
Dakwat: bergantung kepada jenis
dakwat, lembapkan kain dengan aseton
(*), kemudian dengan asid asetik;
bersihkan sisa tanda pada kain putih
dengan peluntur dan kemudian bilas
dengan sebersih-bersihnya.
Tanda tar: bersihkan dengan
penghapus tanda kotoran dahulu, spirit
bermetil atau benzin, kemudian
gosokkannya dengan pes detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera
buat.
Detergen dan perapi tambahan
Hasil cucian yang baik juga bergantung
kepada pilihan dan penggunaan jumlah
detergen yang betul untuk mengelakkan
pembaziran dan melindungi alam sekitar.
Meskipun detergen adalah biorosot, ia
mengandungi bahan yang, dalam jumlah
besar, boleh menjejaskan keseimbangan
alam.
Pemilihan detergen akan bergantung
kepada jenis kain (bahan halus, wul,
kapas, dsb), warna, suhu cucian dan
takat kotoran.
Hanya detergen pembasuh muatan
depan kurang buih sabun sepatutnya
digunakan dalam mesin ini:
• detergen serbuk bagi semua jenis
kain,
• detergen serbuk bagi kain halus (60°C
maks) dan bahan wul,
• detergen cecair, sebaiknya bagi
program basuh suhu rendah (60°C
maks) bagi semua jenis kain, atau
khas bagi bahan wul sahaja.
Detergen dan perapi tambahan mesti
diisikan ke dalam petak yang sesuai di
laci dispenser sebelum memulakan
program basuh.
Jika menggunakan detergen serbuk
atau cecair pekat, program tanpa
prabasuh mesti dipilih.
Mesin basuh ini menggabungkan sistem
peredaran semula yang membolehkan
penggunaan optimum detergen pekat.
Tuangkan detergen cecair ke dalam
petak laci dispenser bertanda
sejurus sebelum memulakan
program.
Mana-mana pelembut kain atau bahan
perapi kanji mesti dituangkan ke dalam
petak bertanda sebelum
memulakan program basuh.
Commentaires sur ces manuels